"Sampaikan suara ini di angin lalu kerana hanya ini sahaja yang dapat dilakukan untuk melepaskan bebanan di dada dan di minda... Sesungguhnya, kemerdekaan kita bukanlah sahaja pada nama, waktu dan ibadah tetapi juga kepada ketenangan jiwa, kelapangan hati dan keikhlasan perasaan yang mengakui bahawa Allah swt adalah segala-galanya kejayaan dan kemerdekaan buat umat manusia yang menyembah-Nya... Dari kejauhan ini, kumohon maaf seandainya segala kekasaran bahasa dan budaya terhadap kalian selama ini telah banyak mencoret jiwa, hati dan perasaan kalian masing-masing... Ucapan dan kad hari raya merdeka ini, kuharap dapat menggantikan diriku yang hakikatnya tidak mungkin berjaya menghulurkan tangan dan jari sepuluh untuk menyambut salam kalian semua... Salam Raya Merdeka dariku, Rafidah Mohamad @ Royal RMARM 2011... senyum pada kejayaan kita!!!! RAYA DAN MERDEKA!!!! Kejayaan kepada puasa sebulan kita dan kejayaan kepada merdeka negara kita..."
0 ulasan:
Catat Ulasan