Rabu, 7 April 2010

Happy Birthday 39 th


Kunukilkan sajak khas buatmu....

Kelahiranmu Norgadis
menggendong bersama amanah yang pasti
yang harus kau laksanakan
sebagaimana bertambahnya usia mudamu
menginjak tahun demi tahun
terus meninggalkan perjalanan yang lalu
yang kini kau panggil kenangan...

Perjalanan hidupmu terus menongkah tahun
kau terus menimba pengalaman yang dalam
suka dan duka menjadi warna warni kehidupan
mematangkan akal fikiranmu
mematangkan setiap tindakanmu..

Norgadis, andaikata tika kau bermenung
mengenang segala kenangan
terlukis segala kepayahan
dalam menempuh rintangan alam kedewasaan
namun tetapkan hatimu terus melangkah
walau banyak mana airmata yang tumpah
walau banyak mana beban digalas
walau banyak mana masalah melanda
walau banyak mana ujian yang datang
bangkitlah kembali mencari semangat
dalam membina kental dihati
moga cecita menjadi realiti
teruslah melangkah dalam perjuanganmu
dalam meniti keperitan
yang hujungnya kelak kau kan tersenyum
moga dirimu beroleh berkat
dan rahmat dari Tuhan Yang Esa

Selamat ulangtahun ikhlas dariku
sahabat maya yang tulus menjalin ukhuwah
moga kebahagiaan menjadi milikmu
lestari berzaman kekal abadi..

2 ulasan:

Nida n' Hanafi berkata...

Salam...

Terima kasih kerana sudi menerima sajak Nida yg tak seberapanya ini. Nida minat mengarang sajak, cuma tak berkesempatan untuk dibukukan.

Harap ukhuwah yang dibina ini berkekalan hendaknya..Insya Allah.

Norgadis berkata...

Salam Nida,
Saya amat menghargai apa yang telah Nida berikan sempena birthday saya. Yang membuat saya terharu, Nida sanggup mencuri masa untuk mengarang sebuah puisi puitis untuk saya bukan hanya sekadar ikut contest, tapi sebagai rasa persahabatan.

Terima kasih sekali lagi Nida...

Catat Ulasan