Jumaat, 9 April 2010

Happy birthday ibu!


Happy birthday ibu!
semoga panjang umur dan dirahmati Allah.
dengan ini Fira hadiah sebuah sajak yang bertajuk 'Puisi Buat Ibu'


PUISI BUAT IBU
KARYA: PUTERI MAHSURI


Ibu
aku telah banyak melakukan dosa
aku telah banyak menyusahkan ibu
dan aku telah membuat hatimu terluka

Ibu
aku sedar akan kesilapanku
aku sedar siapa diriku
terhadapmu ibu
aku sedar akan segala-galanya

Ibu
keinginanku begitu kuat
ibu
aku ingin ibu bahagia
aku ingin capaikan
cita-cita ibu.
aku ingin cemerlang
aku ingin mengubah sikapku
aku ingin ibu membantuku
dan aku ingin ibu tersenyum selalu

Ibu
ampunilah segala silap langkahku
ampunilah segala silap lakuku
ampunilah segala silap kataku
dan ampunilah segala dosa-dosaku
ibu
kaulah cahaya di hatiku
kerana syurgaku hanya padamu ibu

Ibu yang ku cintai
ketahuilah olehmu
aku hanya mampu berpuisi
namun sukar untukku mengertikan secara realiti.

Dari Blog Puteri Mahsuri

0 ulasan:

Catat Ulasan