Isnin, 5 Julai 2010

Award Dari Blackrose

Kali ini aku dapat award dari Blackrose >>>> http://anarozizali.blogspot.com/
Ini merupakan award bersyarat. Syaratnya, kena jawab soalan dulu... ok aku jawab dulu...


1. Anda mesti memuji Pemberi Award.
Terima kasih Blackrose kerana sudi memilih aku untuk menerima award ayang cantik ini. Pandai Blackrose pilih award untuk aku ya, aku memang suka warna biru... ini pujian ikhlas bukan kerana terpaksa tau!!

2. Sila Beri Award Ni Kepada 10 Yang Lain
Oleh kerana soalan pertama minta kita puji pemberi award, jadi aku pun batalkan niat nak bagi award ini untuk 10 orang yang lain (takut org kata minta puji pula) hehehe gurau je...

3. Anda mesti bagi tahu 10 Bloggers tadi
Dah bagitau... aku tak nak bagi (kedekut)

4. Bagaimana anda boleh digelar blogger yang best
Entahlah, rasanya sukar bagi aku untuk menjadi blogger yang best dimata blogger yang lain. Maklumlah... aku berblogger atas kehendak dan minat aku sendiri, tidak semestinya orang suka dengan apa yang aku tulis. Mungkin ada yang suka dan menganggap aku sebagai blogger yang best tapi tak kurang juga yang menyampah dan bosan dengan apa yang ceritakan... ya tak? Terpulanglah kepada individu untuk menilainya.

Apa yang best bagi aku... apabila ada sahabat yang bagi kita award macam ni, aku memang suka... Terima kasih Blackrose, aku amat menghargai award yang kau berikan ini.




0 ulasan:

Catat Ulasan