Rabu, 8 Disember 2010

Tag 25 tentang Diriku


Aku dapat Tag 25 tentang diriku ini dari pemilik blog kat bawah ni, satu dalam bahasa melayu dan satu lagi dalam bahasa orang putih. oleh kerana aku tak berapa nak pandai dalam bahasa orang putih ni, maka aku buatlah dalam bahasa aku sendiri hehehe...

LoLz
http://lolz-l.blogspot.com/2010/11/25-tentang-dirikuh.html

Macam2 Ann
http://macam-macam-ann.blogspot.com/2010/12/tagging-bukan-ragging.html


25 tentang diriku...

  1. Aku adalah seorang wanita, tak berapa nak gadis lagilah...
  2. Aku dilahirkan tahun 1971, maknanya aku dah tualah tu...
  3. Aku surirumah sepenuh masa yang selalu sibuk menyibuk hehehe...
  4. Aku ada empat orang adik beradik, 2 lelaki dan 2 perempuan
  5. Aku adalah anak kedua dari hasil perkahwinan seorang lelaki berbangsa kedayan dan seorang wanita berbangsa cina.
  6. Aku ada seorang abang.
  7. Aku ada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki.
  8. Aku dilahirkan di rumah, kg Layang-Layangan Labuan, memang asal Labuanlah tu.
  9. Aku mendirikan rumahtangga pada tahun 1991.
  10. Aku mempunyai 4 orang anak perempuan dan tiada anak lelaki.
  11. Aku hanya mempunyai seorang suami sahaja, ada tak yang mempunyai lebih dari satu suami..
  12. Norgadis Labuan adalah nama pena aku dan bukan nama sebenar.
  13. Aku minat bidang penulisan terutama sekali dalam penulisan puisi.
  14. Aku menjadi ahli PERWILA Persatuan Penulis WP Labuan sejak 1986, masih sekolah waktu tu...
  15. Aku mempunyai Sijil Airline And Ticketing And Reseruation Course and passed the Basic Examination, tapi tidak pernah berkerja bahagian penerbangan.
  16. Aku pernah menjadi wartawan bebas Akbar Sabah Time pada tahun 1990.
  17. Aku pernah menjadi guru sambilan pada tahun 1992 dan 1993.
  18. Pada tahun 2000 aku telah menjadi Timbalan Setiausaha Tabika Perpaduan Kg. Kilan / Pulau Akar .
  19. Pada tahun yang sama aku juga telah dilantik menjadi Setiausaha Persatuan Belia Kg. Kilan / Pulau Akar.
  20. Aku pernah mewakili Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai Konvensyen Belia Wanita Kebangsaan, 2002 di Dewan Besar PKBM, Kuala Lumpur.
  21. Aku pernah mendapat penghargaan daripada Lembaga Pembangunan Labuan diatas kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan 1st Labuan Commercial Directory.
  22. Aku juga pernah menerima Warkah Penghargaan daripada Kerajaan Negeri Sabah iaitu Tinta Emas pada 08 Mei 2003, di Pacific Sutera, Kota Kinabalu atas sumbangan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.
  23. Ada 13 buah buku Antologi yang telah diterbitkan dan memuatkan puisi dan cerpen aku bersama penulis lain.
  24. Aku sekarang tengah menguruskan penerbitan Antologi cerpen "Peluru Cinta Victoria"
  25. Aku sebenarnya sudah lama ada blog tapi baru tahun ini aktif berblog.
Wah! kerja rumah hari ini sudah siap, nampaknya dapatlah aku berehat ya... Selamat berkenalan kepada yang mengenali diriku, harap2 25 tentang diriku ini dapat memberi gambaran tentang Norgadis Labuan.

4 ulasan:

L berkata...

hek3...ok... nice.. =)

Norgadis berkata...

Tq LoLz...

Mummy-Zerry berkata...

penulis berbakat rupernyer.. dtg amik aura sket.. ngee

Norgadis berkata...

Salam Ann.
Minat je yang lebih, bakatnya kurang kah kah kah...

Catat Ulasan